PEMBAHASAN TENTANG PROJECT BLUE BEAM (BAG.1 )

Sumber:kaskus.us
Sebuah simulasi teknologi "yang kedua" dan kemunculan baru "Montauk" sejenis projek yang mempunyai kemampuan untuk membentuk serta melantik sejumlah besar manusia yang sedang keghairahan di dalam mengejar dunia.Situasi ini akan menyokong kepantasan untuk ia merebak ke seluruh pelusuk dunia. Ironisnya, sebahagian daripada unjuran hologram mempunyai potensi untuk mengubah dunia membentuk kesatuan Tuhan. Malangnya, perkara ini ingin mencabar kuasa Tuhan yang satu, dengan mengangkat diri sendiri mereka sebagai Tuhan. 


Mereka cuba untuk menjadi tuhan dan mendominisi pemikiran manusia di seluruh dunia. Mereka tidak ubah seperti Firaun laknatullah. Mereka juga merancang akan mewujudkan agama baru dibawah pemerintahan Orde Dunia Baru dengan mengangkat Al Masih Dajjal menjadi tuhan. Perkara ini akan melibatkan peperangan yang sangat besar di kalangan umat manusia “Holy War”. Nah kita lihat kebinasaan yang diciptakan oleh manusia yang bertuhankan Iblis laknatullah. Benar lah dalam FirmanNya:

Quote:
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
|Q.s. Al-Naml: 41|
Projek “Blue Beam” bagaikan suatu perkara yang neutral dan universal ia seolah ramalan-ramalan lama, dengan menyatakan bahawa peristiwa itu telah pun wujud semenjak 2000 tahun yang lalu. Pada prinsipnya, mereka akan menggunakan langit sebagai paparan unjuran holografik untuk menghasilkan pancaran serta paparan di angkasa. Projektor ini akan menayangkan gambar secara serentak pada empat penjuru di dunia ini, mengikut bahasa dan daerah yang berkaitan dengan aspek keagamaan Orde Dunia Baru Mereka.

PERCOBAAN BLUE BEAM:



BUDHA



Kristen

Sistem ini telah diuji. Dengan unjuran Holografik dari imej jesus seperti gambar di atas. Menurut laporan ia telah pun dilihat di beberapa daerah gurun terpencil. Perkara ini tidak diperbesar-besarkan sekadar dilaporkan di akhbar-akhbar tabloid, sehingga mereka langsung tidak dibenarkan memperdebatkan perkara ini. Mereka juga boleh menayangkan pelbagai jenis imej sepert gambar makhluk asing, raksaksa, malaikat atau apa sahaja dengan hanya menyeleraskan pada komputer satelit dan perisian akan menjalankan paparan imej seperti yang telah di programkan.

Holografi ini wujud berdasarkan kepada isyarat yang terhampir kepada identiti, ia digabungkan untuk menghasilkan gambar, atau hologram, dengan persepsi kedalaman. Hal ini juga berlaku untuk akustik bagi gelombang (ELF, VLF, LF) untuk fenomena optik.


Secara khusus,petunjukan ini terdiri daripada unjuran gambar hologram laser yang banyak untuk dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang berbeza di bumi ini, masing-masing menerima gambar yang berbeza sesuai dengan iman dan agama yang di anuti di sesuatu kawasan itu. Bukan hanya sesebuah daerah sahaja yang akan menerima pancaran yang dikeluarkan. Dengan animasi komputer dan kesan bunyi yang akan muncul dari dalam ruang angkasa, manusia akan berasa hairan dan mereka semua akan menyaksikan sendiri mengenai kembalinya Al Masih (dajjal) dan akan memperkuatkan lagi spekulasi serta akan meyakinkan kebenaran anutan didalam hidup mereka.




Pelbagai imej Islam, Jesus, Buddha, Krishna dan lain lain tuhan akan digabungkan ke dalam SATU IMEJ selepas "penjelasan yang benar" mengenai misteri, ramalan-ramalan dan wahyu didedahkan oleh mereka. Mereka ingin menyatakan bahawa imej yang di gabungkan tadi adalah "TUHAN YANG SATU" hakikatnya paparan imej itu sebenarnya adalah al masih (dajjal). 

Ia yang akan menjelaskan bahawa kesemua kitab-kitab yang telah turun selama ini adalah salah dan sesat. Dan kerana itu, ia adalah dari agama yang tua dan terdahulu bertanggungjawab untuk membawa kesemua umat manusia kembali ke agama yang asal dan akan melawan bangsa yang masih kekal kepada agama mereka yang telah sedia dianuti, mereka akan di hapuskan bagi membina kembali zaman keemasan dunia agama (kononnya), serta mewakili tuhan yang satu yang mereka tidak pernah tengok sebelum ini.

Tentu, ia adalah sebuah pementasan yang luar biasa dan hebat, mempertontonkan siaran didalam skala penuh yang akan mengakibatkan kekacauan sosial dan agama secara besar-besaran. Apakah yang akan dilakukan oleh pemancar-pemancar televisyen rangkaian keagamaan pada hari itu?
Tetapi sebelum semua ini berlaku, mereka harus menyusun dan melaksanakan empat langkah yang berbeza untuk mempengaruhi penduduk dunia dan menjayakan Projek Blue Beam.

bersambung....
Previous
Next Post »